إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya. 

Sumbangan & Wakaf

Sedekah anda, walaupun kecil jumlahnya, tapi sangat berharga di sisi Allah. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebagian hartanya akan rugi di dunia dan di akhirat. Dengan menginfakkan sedikit dari hartanya akan memperoleh keberkatan pada rezekinya, begitu lah sebaliknya.
Orang yang bersedekah seumpama orang yang melabur dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehinya berlipat kali ganda. Mereka tidak akan rugi ataupun jatuh miskin dengan bersedekah.
Pihak Jawatankuasa masjid amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari Ahli Qariah masjid bagi menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti masjid dan sebagainya.
Segala bentuk Sumbangan & Wakaf boleh disalurkan melalui tabung yang disediakan di pintu masuk masjid ataupun terus ke Akaun Bank Masjid.