Aktiviti Masjid Sepanjang Ramadhan

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan 2023/ 1444H


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan
Sukacita dimaklumkan bahawa bagi mengimarahkan lagi masjid pada bulan Ramadhan 1444H ini selaras dengan SOP yang telah ditetapkan, Ahli Jawatankuasa masjid telah merancang untuk mengadakan program Berbuka Puasa, Sumbangan Moreh, Solat Tarawih, Tadarus Al-Quran, Majlis Ilmu, Qiyamullail, Bubur Lambuk dan Zakat Fitrah di Masjid Al Muhajirin Bukit Siput sepanjang bulan Ramadhan ini.
Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan program tersebut, pihak AJK masjid amat mengalu-alukan penglibatan daripada ahli komuniti Bukit Siput, ahli perniagaan, NGO dan orang perseorangan untuk sama-sama mengambil bahagian mahupun sebagai pemberi sumbangan dan tajaan bagi menjayakan program tersebut.
Akhir kata, pihak AJK Masjid mengucapkan ribuan terima kasih atas penglibatan, sumbangan dan tajaan daripada YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan dan berdoa agar YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan diberi ganjaran yang lebih baik daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadhan.
Sekian, terima kasih.

Pengurusan
Masjid Al Muhajirin
Bukit Siput Segamat.


Berbuka Puasa & Moreh

Berbuka puasa sepanjang Ramadhan

Solat Tarawih & Witir

20 Rakaat Dan Witir

Tadarus Al-Quran

Sepanjang Ramadhan

Qiyamullail

10 malam Terakhir Ramadhan

Majlis Ilmu

Kuliah Subuh Setiap Pagi Jumaat

Bubur Lambuk

Setiap Hari Ahad Lepas Asar

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah Online
https://fitrah.maij.gov.my/