Aktiviti

20 September / 2024 / Lepas Magrib

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H


Tarikh Maulidur Rasul adalah jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, iaitu pada hari Isnin bersamaan 20 April 571.

Pada setiap kali tarikh yang berkenaan, umat islam akan mengadakan sambutan maulid nabi ini bagi tujuan memperingati keputeraan Nabi Muhammad ﷺ.

Ia merupakan salah satu tanda bagimana seseorang itu menunjukkan rasa cintanya terhadap kelahiran Baginda Rasulullah ﷺ adalah dengan terselit rasa gembira dan bangga terhadap apa yang dibawa dan ditinggalkan oleh Nabi Muhamammad ﷺ kepada umat islam sehingga kini.

Pihak Masjid Al Muhajirin menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid
Al-Muhajirin Bukit Siput pada 20 September 2024 (Jumaat) selepas solat maghrib.

Bersama penceramah undangan Al Fadhil Ustaz Saiful Syahir Bin Mohd Sofa Al Hafiz
(Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Intergriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor)

Semua para jemaah dipersilakan hadir.

Jadual Kuliah 1446H/2024M

Minggu Pertama

Minggu Kedua

Minggu Ketiga

Minggu Keempat